| |
October 15, 2009
| AhsueZ |
|
|
|
| |
Kak, Kenapa Kau Dah Lama Tak Update Blog? |
Adik aku sanggup membazirkan RM0.15 (Eh.. Inikah rate untuk setiap SMS antara mobile operator yang berlainan sekarang?) untuk teks aku dan bertanyakan seperti atas.
Oleh itu. Aku perlu menghormati kesungguhan beliau.
Lalu. Kalau aku update blog ini, dengan menggunakan status matus yang sama seperti di Facebook, kau orang takkan marah, kan?
|
|
|
|
|
|
 |
| |
Pagi-pagi Saya Yang Indah |
 |
Hari-hari saya bangun pukul enam pagi untuk bersiap-siap ke pejabat. Ya. Memang awal. Bukan sahaja perlu siapkan diri untuk ke pejabat, perlu juga siapkan tiga beg; termasuk satu untuk ke playhouse Pelangi. Juga, saya perlu sampai betul-betul di hadapan palang masuk tempat letak kereta di pejabat, sambil tangan sudah bersedia mengepak keluar dari tingkat kereta untuk menalakan paskad di mesin pengimbas masuk tempat letak kereta, sebelum jam 8 pagi. Ini adalah untuk mengelakkan hati merungut-rungut kerana terpaksa membayar RM7 untuk meletak kereta.
Tetapi pagi tadi. Saya bangun jam lima. Ya. Jam lima.
Pelangi sudah berteriak gembira dalam katilnya, sambil menendang-nendang bantal dan memanggil-manggil saya untuk bergembira bersamanya. Jam lima hingga jam enam dia sungguh seronok berhibur dan seterusnya terlelap semula lebih kurang jam enam suku.
Saya? Sambung berjaga untuk bersiap-siap ke pejabat. Bukan sahaja perlu siapkan diri untuk ke pejabat, perlu juga siapkan tiga beg; termasuk satu untuk ke playhouse
Pelangi. Juga, saya perlu sampai betul-betul di hadapan palang masuk
tempat letak kereta di pejabat, sambil tangan sudah bersedia mengepak
keluar dari tingkat kereta untuk menalakan paskad di mesin pengimbas
masuk tempat letak kereta, sebelum jam 8 pagi. Ini adalah untuk
mengelakkan hati merungut-rungut kerana terpaksa membayar RM7 untuk
meletak kereta.
|
|
|
|
|
|
| |
Mimpi Adalah Mainan Tidur Yang Begitu Banyak Unsur Tahyul |
Masuk hari ketiga berkerja, kita akan bermimpi disiang hari supaya masa berlalu dengan cepat. Kalau boleh nak kerja dua hari je seminggu. Lima hari lagi cuti umum.
Ahad & Isnin malam aku kerja malam. Secara otomatiknya aku cuti belah siangnya. Campur cuti hari Sabtu & Ahad, aku duduk menebalkan bontot kat rumah selama 4 hari berturut-turut.
Masuk hari keempat tak berkerja, aku bermimpi dimalam hari pasal tengah buat kerja kat pejabat. Sebab terlalu kusyuk buat kerja dalam mimpi, aku terbangun lambat untuk masuk pejabat. |
|
|
|
|
|
| |
Penafian Tentang Kebuntuan Ide Baharu |
Selain dari entri yang ditaip guna gaya chatting, aku benci entri blog yang dimulakan dengan ayat "Lama tak update kat sini".
Tahun ini tahun paling sibuk dalam sejarah hidup aku. Aku kena melayan segala benda baharu yang datang serentak. Punyalah sibuk sampaikan nak kentut pun kena lepas sikit-sikit.
Satu, dapat kunci rumah baharu. Dua, rumah baharu perlu disiapkan sebelum baby keluar. Tiga, baby baharu keluar. Empat, baby yang keluar nak masuk rumah baharu. Lima, sistem Prabayar Operator D nak ditukar baharu.
Sekarang ni barulah ada masa nak jenguk balik benda-benda yang aku tinggalkan masa aku sibuk & boleh kentut dengan kuat.
Seperti mencurah cuka ke luka yang masih meleleh darahnya, aku jugak benci baca entri blog yang sebenarnya tak ada apa isi pun selain dari nak bagitau yang penulis blog dah lama tak menaip entri baharu. |
|
|
|
|
|
| |
Rainbow, Pelangi, Niji, Eirsa |
|
|
|
|
|
| |
2 hari lagi menjelang EDD. Aku masih menunggu lagi hari itu.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang memberi kata-kata semangat untuk aku bersalin secara normal.
InsyaAllah, akan diwar-warkan kepada umum setelah baby sudi nak menjengah dunia. Nanti. |
|
|
|
|
|
|