Kau bayangkan.
Kau masuk ke pejabat pagi itu. Lalu terus ke meja. Di bahagian belakang pejabat.
Kemudian. Terdengar suara bising-bising di bahagian hadapan pejabat. Orang yang membuat bising tu kenal kau dan kau kenal dia. Terdengar juga perkara yang dibisingkan. Perkara itu adalah berkaitan dengan kau. Terdengar seperti dia tidak puas hati dengan kau.
Kemudian. Kau keluar. Mahu ke tandas. Terserempak dengan orang itu. Orang itu bermuka manis, sambil menyapa kau, "Eh.. Good morning, darling! You are here already. I thought you haven't arrived".
Adakah kau akan :
Satu. Bermuka pura-pura manis juga, seperti tidak terdengar apa-apa pagi tadi dan menyapa semula orang itu dengan ramah. Atau.
Dua. Bermuka masam dengan orang itu, memandangkan kau sudah terasa dengan perlakuannya sebentar tadi.
Tiga. Bermuka manis dan senyum kepada orang itu dengan seikhlas-ikhlasnya sambil menyapa kembali, "Yes, I was around. Why? You were talking bad things about me, huh?"
Sekiranya kau memilih pilihan satu atau dua, kau tidak akan dapat rasakan kepuasan seperti pilihan ketiga. Ya. Aku sudah tau perasaannya pagi semalam.