Hari Ahad. Pukul 6.00 petang. Aku guna masa satu jam untuk habis baca satu buku. Itu pun termasuk masa untuk aku bangun pergi kencing, mengeliat tukar posisi badan dan
distracted dengan iklan TV yang tayang model-model berwajah
Pan-Asian.
Tengok tajuk dah buat aku tak paham. Apa kejadahnya 'Kalashnikov' ni? Sama seperti tajuk buku sebelum ni, ''. Tapi aku tak
ambik pusing sangat. Macam nak pilih filem apa nak tonton di panggung, aku lebih suka tengok siapa pengarahnya. Dari situ aku dah boleh agak kualiti filem itu. Sama
jugak macam buku ni. Aku tengok siapa penulis-penulisnya; , , , , , , , & .

Selepas baca prakata, sikit-sikit aku mula paham makna 'Kalashnikov'. Juga dapat tangkap relevannya gambar senapang (AK-47) dan warna merah kulit buku. Kalau dah ada senapang, mesti teringat pasal tembak-tembak, perang, rampasan kuasa, pemberontakan dan militan. Buku ini kompilasi cerpen kontot (certot) fiksyen penulis-penulis bertemakan kelakuan-kelakuan tersebut. Disamping itu ada jugak terselit beberapa cerpen kontot yang lebih kontot (certotot). Aku syak certotot ni samada nak menebalkan buku atau nak mencukupkan kuota muka surat setiap penulis.
Membaca setiap helaian dan cerita dari mula, membawa aku mengembara dalam emosi yang berbaur. Naik turun, naik turun sampai helaian ke-96. Certot dalam buku ini buat aku berfikir dan berkira-kira tentang kesudahannya. Paling
syok bila
ending certot ini tak seperti yg disangkakan. Aku sukakan perasaan 'ketidaksangkaan' itu. Rasa macam kena tipu pun ada.
Certot yang agak berat ceritanya, diselang-seli dengan certotot yang kebanyakan skop ceritanya keluar dari tema buku. Semacam memberi waktu senggang untuk otak aku berehat sekejap. Aku tarik balik syak wasangka aku tadi. Certotot ni memang patut ada dan kena pada tempatnya.
Certot pilihan, 1511: Resureksi (Op). Cerita tentang cubaan Sarjan Leman memberi amaran awal pada Melaka tentang Portugis.
Certotot pilihan, Perang Yang Satu Lagi (Sinaganaga). Cerita tentang Cikgu Kimia yang mulutnya bergumal ketika mengajar.
Selepas habis baca, aku rasa sedikit pelik. Kenapa setiap babak berunsur seksual dalam buku ini menyentuh tentang 'adik
kecik', batang dan
bijik testikal? Padahal semua penulisnya adalah lelaki-lelaki urban. Timbul syak wasangka yang baru. Aku mula rasa curiga dengan
disclaimer di muka depan ini,
"Kami tidak hisap ganja dan minum arak dan seks sejenis, misalnya".
Jika kau rajin berfikir, teruja dengan
thrill (tikam-menikam, tembak-menembak, darah membuak merata dan orang letupkan diri sendiri), mahukan cetusan perasaan syak wasangka yang bukan-bukan, suka dengan 'ketidaksangkaan' dalam garis cerita dan sedikit kelucahan, bacalah buku ini.
Kalau kau bukan jenis manusia yang suka atau kurang gemar dengan perkara-perkara tersebut, tak payah buang masa baca buku ini. Lebih baik kau tonton saja melodrama 'Sembilu Kasih'. Hari Ahad. Pukul 6.00 petang.