Terima kasih kepada tuan-tuan & puan-puan yang sudi menonton rancangan memasak paling popular yang kini sudah masuk musim baharu. Rancangan apa puan-puan?
Ya, rancangan "Hempuk-Hempuk Ramadan".
Baiklah, untuk episod kali ini saya ingin berkongsi satu resepi mudah, senang disediakan & lazat dimakan. Boleh juga kalau nak kata resepi untuk hari ni adalah bersempena dengan kenaikan harga petrol, gas memasak & gula.
Resepi hari ni saya beri nama "Char Mee Segera 2 Minit". Saya tak tipu. Resepi ini memang boleh siap dalam masa 2 minit.
Seperti biasa, bahan-bahannya adalah:
- 1/4 ulas bawang besar
- Serbuk perasa mee segera
- Sebungkus mee segera
- Segelas air
- Sebiji telur
- Sosej yang telah digoreng
Mula-mula masukkan segelas air ke dalam kuali.
Tambah air jika sukakan mee yang sedikit berkuah.
Pastikan sentiasa gunakan api yang besar sehingga ke hujung resepi.
Tunggu sehingga air mendidih.
Masukkan mee segera & bawang.
Pastikan mee segera terendam sepenuhnya dalam air yang mendidih.
Tunggu 10 saat.
Kemudian, masukkan serbuk perasa.
Paling sedap jika gunakan serbuk berperisa kari.
Kacau sehingga serbuk perasa serata.
Biarkan selama 5 saat.
Pecahkan sebiji telur.
Kacau semua bahan sehingga sebati.
Padamkan api.
Masukkan sosej yang telah dipotong.
Boleh juga masukkan udang yang telah digoreng mengikut citarasa masing-masing.
Jika mahu, taburkan serbuk lada & bawang goreng.
Taadaa! Sudah siap untuk dihidangkan.
Senang sangat resepi ni kan puan-puan?
Sesuai untuk dimakan semasa sahur atau berbuka puasa.
Semoga jumpa lagi di episod yang akan datang.
Tata!